Akibat Salah Letak Harga Ketika Jual Tanah

15 Juni 2018

Seorang tuan tanah yg memiliki tanah di Melaka bertanyakan kepada kami mengenai harga tanah terkini di Melaka pada tahun 2014 ketika itu. Tuan tanah ini memiliki seekar tanah pertanian betul betul di tepi lebuhraya AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin). Tuan tanah tersebut mengadu kepada kami bahawa beliau mengalami masalah sukar mendapatkan pembeli untuk membeli tanah beliau mengikut harga yang telah beliau tetapkan sendiri.

Tuan tanah tersebut merasakan bahawa beliau jual murah berbanding penjual lain. Akan tetapi sebenarnya tidak. Harga yang diletakkan oleh beliau sebenarnya sangat mahal bagi tanah jenis MCL (Malay Customary Land) atau dalam bahasa mudahnya ialah tanah berstatus Tanah Adat Melayu. Sebab itu pentingnya menyemak dahulu nilai semasa tanah sebelum menetapkan harga jualan.

Selain itu, kami juga berhadapan dengan situasi pemilik tanah menjual tanah dengan harga yang sangat murah dari harga pasaran. Akibat tidak peka dengan kemajuan sekeliling, tidak bertanya kepada jurunilai dan ditambah dengan faktor desakan ekonomi, memang berlaku situasi tanah dijual dengan harga yang sangat murah berbanding harga semasa.

Tuan-tuan dan puan-puan bayangkan, tanah yang mempunyai permintaan dengan harga Rp.150.000.000.00 dijual dengan harga Rp.150.000.000.00! Kalau jual pada harga Rp.450.000.000.00 untuk dapatkan pembeli kira munasabah lagi. Ini betul betul saat yang ditunggu oleh para pembeli untuk mengambil kesempatan. Sebab itu kami selalu tekankan kepada semua pemilik tanah yang berurusan dengan kami supaya jangan ambil mudah soal penetapan harga sebelum mengambil keputusan untuk jual.

Menjual tanah pada harga yang tinggi juga akan menyebabkan kita ditaksir oleh pihak berkuasa untuk membayar lebih cukai keatas pelupusan tanah yang kita lakukan. Di sini, selain menyemak nilai semasa pasaran tanah, ilmu mengenai percukaian dan jual beli tanah juga sangat penting. Ada beberapa kes seseorang itu di kompoun disebabkan kesalahan tertentu berkaitan jual beli tanah.

Demikian dengan artikel ini tentang akibat salah menentukan harga ketika jual beli tanah, dalam proses ini anda harus menetukan letak tanah atau wilayah tanah sehingga dengan harga yang terjangkau murah dan akan dipastikan sangat banyak yang minat untuk membelinya. sekian dari kami semoga bermanfaat bagi anda.

Baca juga:

Tidak ada Komentar

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *